Sunday, September 21, 2008

Bagaimana memulakan bisnes

Memulakan bisnes bukan satu kerja mudah,namun bukan juga kerja susah.
Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.
Jika mahu memulakan bisnes ,perkara berikut perlu diambil berat.

1.Modal.
Semua bisnes memerlukan modal sama ada bisnes kecil atau besar.Bisnes takkan lahir tanpa modal.

2.Jenis bisnes.
JIka anda mempunyai modal,namun tidak tahu apa jenis bisnes yang perlu diceburi juga menjadi satu masalah.
Ini bermakna anda tidak tahu apa bisnes yang perlu dilakukan.ANda juga nampaknya belum bersedia menjadi usahawan.
ANda perlu memilih bisnes yg tepat dan anda mampu menjalankan bisnes tersebut dengan baik.SIkap suka meniru dan mengambil kesempatan mungkn memberi kejayaan dalam sekelip mata tetapi tidak berpanjangan.
Terlalu banyak jenis bisnes boleh dilakukan.Apa yg penting ialah kesesuaian modal dan cara anda menjalankan bisnes.

3.Cari pelanggan.

Pelanggan perlu dicari.Mereka adalah tulang belakang atau nyawa bisnes anda.
Jika anda mendapat 100 pelanggan sebulan dan mereka membelanjakan RM50 sebulan,anda telah mendapat RM5000 sebulan.Ini adalah contoh .
Ada pelanggan perlu dicari.Manakala ada pelanggan akan mencari anda.APa yg penting ialah,anda mempunyai ramai pelanggan dan sentiasa bertambah dari masa ke semasa

4.Kemahiran dan panduan.

ANda juga memerlukan kemahiran,skill dan panduan dalam menjalankan bisnes agar bisnes anda bertambah maju dan berjaya.
Kemahiran boleh didapati melalui bengkel,pembacaan forum dan lain-lain.