Sunday, September 21, 2008

Bagaimana memulakan bisnes

Memulakan bisnes bukan satu kerja mudah,namun bukan juga kerja susah.
Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.
Jika mahu memulakan bisnes ,perkara berikut perlu diambil berat.

1.Modal.
Semua bisnes memerlukan modal sama ada bisnes kecil atau besar.Bisnes takkan lahir tanpa modal.

2.Jenis bisnes.
JIka anda mempunyai modal,namun tidak tahu apa jenis bisnes yang perlu diceburi juga menjadi satu masalah.
Ini bermakna anda tidak tahu apa bisnes yang perlu dilakukan.ANda juga nampaknya belum bersedia menjadi usahawan.
ANda perlu memilih bisnes yg tepat dan anda mampu menjalankan bisnes tersebut dengan baik.SIkap suka meniru dan mengambil kesempatan mungkn memberi kejayaan dalam sekelip mata tetapi tidak berpanjangan.
Terlalu banyak jenis bisnes boleh dilakukan.Apa yg penting ialah kesesuaian modal dan cara anda menjalankan bisnes.

3.Cari pelanggan.

Pelanggan perlu dicari.Mereka adalah tulang belakang atau nyawa bisnes anda.
Jika anda mendapat 100 pelanggan sebulan dan mereka membelanjakan RM50 sebulan,anda telah mendapat RM5000 sebulan.Ini adalah contoh .
Ada pelanggan perlu dicari.Manakala ada pelanggan akan mencari anda.APa yg penting ialah,anda mempunyai ramai pelanggan dan sentiasa bertambah dari masa ke semasa

4.Kemahiran dan panduan.

ANda juga memerlukan kemahiran,skill dan panduan dalam menjalankan bisnes agar bisnes anda bertambah maju dan berjaya.
Kemahiran boleh didapati melalui bengkel,pembacaan forum dan lain-lain.

Sunday, May 25, 2008

kepentingan membaca




Dalam kehidupan,pembacaan adalah penting.Sama ada penyapu sampah,ahli politik,ustaz,guru,pemimpin,pemandu teksi,pegawai,operator kilang,petani,pilot dan siapa sahaja,membaca adalah penting.
Begitu juga dengan usahawan.Usahawan yang lebih rajin membaca,akan lebih maju dan berjaya berbanding usahawan lain.
Ini kerana usahawan yang rajin membaca sama ada buku,laman web,makalah,rencana,kajian,tesis dan apa sahaja akan mendapat pelbagai pengetahuan dan kemahiran berguna dalam perniagaan.
Jika ingin lebih maju dan berjaya,usahawan perlu rajin membaca terutama sekali buku-buku dalam bidang perniagaan.
Membaca bukan sahaja menambahkan pengetahuan tetapi juga akan membantu anda mencari idea-idea baru agar perniagaan semakin maju dan berjaya.
Jika dilihat dengan kejayaan usahawan bertaraf bilionair atau jutawan,mereka terdiri daripada golongan yang rajin membaca.Mereka membaca kerana sedar pembacaan dapat menajamkan fikiran dan menemukan pelbagai idea-idea baru dalam bisnes sama ada ekcil atau besar.
Perniagaan kecil atau besar memerlukan pembacaan berterusan.Apa jua bidang dan jenis perniagaan,membaca perlu diajdikan rutin dan tabiat semula jadi seseorang usahawan.
Selamat membaca!

jom jadi usahawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hadis riwayat Bukhari ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan. Maknanya 90% rezeki adalah daripada perniagaan dan selebihnya 10% daripada punca-punca lain.
Menjadi usahawan adalah usaha terbaik dalam kehidupan.Islam menggalakkan keusahawanan dan setiap usahawan perlu menjalankan perniagaan mengikut landas dan peraturan islam demi kejayaan dunia dan akhirat.
Blog ini diwujudkan untuk membantu usahawan dalam menambahbaik pengetahuan dan kemahiran dalam perniagaan.
Jika anda memilih perniagaan,berusahalah untuk maju dan berjaya.Semoga blog kecil ini memberi pelbagai pengetahuan,tips,kemahiran,info dan lain-lain tentang dunia perniagaan.
Selamat membaca!